Jumaat, 26 Oktober 2012

Novel : Cinta Kita(prolog)

Prolog

      Dia melihat jam ditangan, sudah hampir jam 7.40 pagi.Dia mengenakan tai pada leher agar kelihatan kemas dan segak.Ditatap dirinya di cermin, sungguh handsome.Fikirannya melayang ke zaman persekolahan, sewaktu dia berada ditingkatan 3.Teringat ketika dia mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.

     Dia menggelengkan kepalanya, seperti tidak mahu mengingati zaman persekolahannya.Hari ini dia akan mula bekerja di syarikat Media Holdings sdn.bhd sebagai CEO bagi menggantikan tempat bapanya.Setelah tiga tahun menuntut di Universiti Kyonggi di Korea Selatan dalam bidang pengurusan.

     Dalam keadaannya yang masih lagi berdiri dihadapan cermin, dia teringat seorang insan yang pernah di cintainya dahulu.Insan yang menarik hatinya untuk jatuh cinta dan percaya akan keikhlasan, kejujuran dalam cinta.Insan ini juga pernah menyuruhnya mengambil tempat bapanya sebagai CEO syarikat.Insan ini yang mendorongnya percaya akan cinta, keikhlasan dan kejujuran dalam cinta.

     Sehingga sekarang dia tidak pernah temui wanita yang sama seperti insan yang disayanginya dahulu.Sudah beribu-ribu kali dia cuba mencari wanita itu tetapi tidak ditemuinya.

     Dia tersenyum, teringat akan rakan-rakan lamanya.Apa khabar mereka semua.Sudah lama mereka tidak bertemu, sudah hampir enam bulan mereka tidak berjumpa.Kali terakhir ketika dia bercuti di Pulau Pangkor, Kedah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan