Jumaat, 26 Oktober 2012

Novel : Cinta Kita(bab 1)

bab 1

universiti kyonggi
     "Hey..Izz, bila kau sampai?" tanya Akmal
     "Baru je..kau dah daftar ke Mal?" tanya Izz meminta kepastian
     "Dah, kalau kau belum daftar lagi, kau pergilah daftar dulu.Aku tunggu kau dekat kafe" Akmal menyuruh Izz ke kaunter pendaftaran.

     Izz mendaftar.Dia mendaftar di semester tiga sebagai pelajar tahun akhir, dia mengambil jurusan dalam bidang pengurusan.Ini tahun terakhirnya disini, kemudian dia akan bekerja di Media Holdings.

     Izz jalan beriringan menaiki tangga bersama rakan-rakannya yang lain.Setiba didewan kuliah, Izz melabuhkan punggungnya disebelah Akmal.Mereka berbual kosong sehingga 'prof' tiba.'Prof' Hisyam mengenalkan dirinya, kemudian menyuruh satu per satu 'studen' memperkenalkan diri mereka pula.Izz tergelak didalam hati, seperti zaman tadika hendak diperkenalkan diri.

     Tepat jam 6.00 petang, kuliah ditamatkan.Izz menuruni tangga beriringan dengan Akmal.Belum sempat kaki mereka meniggalkan U, hujan mulai turun membasah bumi.Mereka mengatur langkah dengan laju menuju ke perhentian bas untuk pulang ke asrama masing-masing.Setiba dibilik asrama, Izz menukar pakaiannya yang basah tadi dengan pakaian yang lain.

     Selesai sahaja solat maghrib, Izz turun ke asrama menuju ke kereta yang disewa untuk ke kedai.Dia membeli hot coffee dan sushi bagi mengisi perut, entah mengapa hari ini tubuhnya malas hendak ke dapur untuk memasak.Izz meneguk hot cofee yang dibelinya sebentar tadi, terasa lega tekaknya apabila mengenakan hot cofee dalam hujan-hujan begini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan