Jumaat, 26 Oktober 2012

Novel : Cinta Kita(bab 3)

bab 3

   Izz memerhatikan seorang wanita yang sedang tekun membaca buku.Hatinya akan gembira tatkal bertemu wanita itu.

     Akmal, menepuk bahu Izz apabila rakannya itu tersenyum seorang diri.
     "Woi..apa yang kau tengok tu Izz?..Dari tadi aku tengok kau tersenyum-senyum macam kerang busuk.Apa yang lawak sangat sampai kau senyum ni?" tanya Akmal, terkejut dengan kelakuan tersenyum rakan baiknya itu.
     "Tak ada apa-apa lah.Kan aku tengah baca ni.Kau tak nampak ke Mal?" Izz terkejut apabila Akmal tiba-tiba sahaja menepuk bahunya.
     "Aku ingatkan dah tak betul tadi, nak juga aku tempah nama kau kat hospital sakit jiwa.Mana taknya senyum sorang-sorang" perli Akmal.

     Izz membaling botol yang ada ditangannya ke Akmal sambil tersenyum.dia tidak ambil hati dengan kata-kata Akmal.Dia tahu rakan baiknya hanya bergurau.Dia menyumpah, hantu punya Mal! sampai hati dia nak tempah nama aku dekat hospital sakit jiwa.Dia ingat aku ni gila agaknya.Izz tergelak didalam hati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan