Sabtu, 17 Disember 2011

Kenali AmirulHadi Zainal

Muhd AmirulHadi Zainal lahir pada 27 Mei 1986 di Melaka.Amirul merupakan pemain bola sepak yang beraksi bersama Selangor dalam Liga Super Malaysia.Amirul juga merupakan anggota pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.Amirul merupakan anak kepada pemain bola sepak Selangor pada era 90-an iaiti Zainal Nordin.
Amirul memulakan penampilan sulung bersama pasukan utama Malaysia ketika kelayakkan Piala Dunia 2010 menentang Bahrain.Sebelum itu dia juga mewakili pasukan bawah 23 tahun pada kelayakkan sukan olimpik 2008 dan pasukan bawah 20 tahun.Amirul juga merupakan tonggak utama Malaysia ketika menentang Liga Perdana Inggeris Chelsea FC.Amirul begitu menyerlah sehingga sepakannya hampir menggeger gawang yang dikawal Petr Cech.Dalam perlawanan ini Malaysia XI tewas tipis 0-2.
Gol pertama Amirul untuk Malaysia ketika bertemu Mynmar pada 23 Oktober 2008.


Nama:Muhd AmirulHadi Bin Zainal
Tarikh Lahir:27 Mei 1986
Tempat Lahir:Melaka,Malaysia
Posisi: Tengah
Kelab:Selangor FA(2006-kini)
Nombor Jersey:20
Kelab Remaja:Akedemi Selangor FA(2002-2003)
                        Piala Presiden Selangor FA(2004-2006)
Pasukan Kebangsaan:Malaysia B-23(2007-2009)
                                       Malaysia XI(2008)
                                       Malaysia(2007-kini)




-me!syeera-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan